Thursday, July 29, 2010

...what the feeling...

Menemui dirimu yang tidak jauh dariku, walaupun aku tidak mampu melihatmu. tetapi aku dapat merasai kehadiranmu melalui bisikan - bisikan itu..

Tahniah aku ucapkan padamu syaitan laknatullah, kerana ternyata segala usahamu untuk mengagalkan cita - citaku telah pun berhasil. Tahniah syaitan, kerana kau telah berjaya mengotakan janji - janjimu dengan Allah untuk sewaktu kau dihalau dari Syurga dulu. Tahniah syaitan, kerana telah menambah bilangan pengikut - pengikutmu dengan memasukkan namaku di dalam senarai golongan pengikutmu.

Terima kasih syaitan, kerana memadam cahaya cinta yang pernah menyinari hatiku dahulu...
Terima kasih syaitan, kerana mencuri permata iman yang pernah menghiasi hatiku dahulu...
Terima kasih syaitan kerana merobek nilai ilmu yang pernah ku miliki dahulu...
Jutaan terima kasih untuk ini semua...

Tentu kau gembira kerana matlamatmu menjadikan diriku pengiringmu kerana Neraka nanti telah tercapai. Tentu kau ketawa kerana melihat hilangnya air di kelopak mataku. Tentu kau bersuka - ria kerana menyaksikan diriku terhina pada pandangan Allah dan seluruh makhluqNya yang lain.

Sebelum menamatkan surat ini, aku ingin menyatakan sesuatu yang mungkin kabur pada pandanganmu, dan ia adalah bersumber pada sisa cinta yang belum kau lenyapkan. Sebenarnya aku tahu, bukanlah kesesatan yang kau cipta pada diriku ini menjadi penentu segala - galanya, kerana aku tahu Hidayat Allah tiada siapa yang tahu, Syurga dan Neraka adalah milikNYa...

No comments:

Post a Comment